LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH AADK KE AADK PERLIS
Disediakan Oleh : Unit Publisiti & Kesedaran Awam AADK Perlis
KANGAR, 06 Februari 2017 : YBhg. Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Perlis. Lawatan dimulakan dengan meninjau Projek Pembangunan CCRC Bukit Chabang yang kini berada pada tahap Fasa 1 iaitu Kerja Tanah. Rombongan disambut oleh Ketua Penyelaras CCRC Bukit Chabang, En. Hakimi Bin Othman. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah diberikan penerangan oleh wakil JKR Perlis dan wakil kontraktor yang dilantik berkaitan keseluruhan kerja yang telah dan akan dijalankan. Selepas penerangan yang terperinci diberikan, beliau dibawa meninjau kerja-kerja yang dilakukan di tapak projek.
Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin dan rombongan diteruskan ke Pejabat AADK Negeri Perlis di Tingkat 5, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas, Kangar Perlis sambil diiringi oleh Pengarah AADK Negeri Perlis Pn. Azizah Binti Ahmad. Rombongan disambut oleh pegawai dan kakitangan AADK Perlis. YBhg Dato’ Ketua Pengarah telah merasmikan pejabat baru AADK Negeri Perlis dengan menurunkan tandatangan pada plak perasmian dan iringan bacaan doa selamat.
Seterusnya, YBhg. Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah AADK Negeri Perlis Pn. Azizah Binti Ahmad. Pelbagai isu dan permasalahan dadah telah dibincangkan antaranya dari segi keselamatan pegawai semasa menjalankan operasi, meningkatkan dan memperbaiki prosedur kerja semasa berhadapan dengan klien, perbincangan berkaitan kaedah baru di kalangan OKP bagi menghidupkan CCH, tingkatkan kreativiti dalam melaksanakan tugas serta pelbagai isu lagi.
Semoga dengan lawatan Kerja YBhg. Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin dan rombongan ini dapat menyuntik semangat baru kepada semua warga AADK Perlis dalam usaha memerangi dadah habis-habisan serta melakukan perubahan atau transformasi dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat terutama kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah.
|
Dato' Ketua Pengarah Menandatangani Plak Perasmian Pejabat Baru AADK Negeri Perlis. |
|
Ketibaan Dato' Ketua Pengarah Disambut Oleh Pegawai-Pegawai AADK Negeri Perlis. |
|
Bacaan Doa. |
|
Dato' Ketua Pengarah Menandatangani Buku Pelawat. |
|
Taklimat & Amanat Dari Dato' Ketua Pengarah |
|
Barisan Jemputan Ketibaan Rombongan Dato' Ketua Pengarah |
|
Dato' Ketua Pengarah Berbual Bersama Pegawai Sebelum Berangkat Pulang |
Comments
Post a Comment