SKUAD 1Malaysia

Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia) diwujudkan sejajar dengan saranan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai 7 komitmen utama Kementerian Dalam Negeri di mana salah satu komitmen, iaitu komitmen ke 7: Menggerakkan gelombang kesukarelaan.

Semangat kesukarelaan perlu diperluaskan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di dalam membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah. Matlamat utama penubuhan Sukarelawan AADK (SKUAD 1Malaysia) ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya AADK dalam menangani masalah dan ancaman dadah.


Gabungan Sukarelawan AADK (SKUAD 1Malaysia) terdiri daripada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD), Ahli Lembaga Pelawat, Rakan Antidadah (RADA), Persatuan Alumni Agensi Antidadah Kebangsaan (PENDAMAI) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli Sukarelawan Antidadah, anda boleh terus melayari laman sesawang SKUAD 1Malaysia untuk melihat pelbagai lagi info berkaitan.

Klik sini untuk mendaftar dan jadilah sebahagian daripada sukarelawan kami untuk bersama-sama kita membasmi najis dadah!

Comments

Popular posts from this blog

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH AADK KE AADK PERLIS